Wednesday, August 29, 2007

Report On FutsalTera 2007



Salam,

Petaling Jaya, Ahad, 26 Ogos 2007 - Bertempat di Futsal Sports Centre, Petaling Jaya, Kejohanan FutsalTERA 2007 telah diadakan sempena Sukantara 2008. Kejohanan Futsal Tertutup antara Rumah ini adalah julung-julung kalinya diadakan.

Sambutan yang diberikan cukup meriah walaupun notis yang diberikan agak lambat. Para pemain serta pengurus telah sampai seawal 8.30 pagi walaupun Gelanggang hanya dibuka pada pukul 9.00 pagi. Pemain-pemain datang dari segenap penjuru termasuklah Ipoh dan Melaka. Syabas.

Sementara menunggu tempat tersebut dibuka, segelintir pemain dan pengurus bergegas ke Seksyen 14 untuk sarapan pagi dimana kebanyakan pemain telah memesan air limau suam. Cubaan untuk mensabotaj pemain2 dari rumah lain dgn cubaan memesan nasi goreng ayam serta tomyam dapat dipatahkan. Kalau tak salah sarapan telah ditaja oleh TNB Officer. Cubaan membawa pemain2 junior (9296) oleh pasukan I***s juga berjaya dipatahkan.

Setelah undian dijalankan, rumah Ahmad dan Mohd Shah adalah pasukan yang memulakan perjuangan. Keputusan secara terperinci ada disertakan bersama email ini. Sila buka attachment anda. Kejutan pertama berlaku apabila Sulaiman tewas ditangan Idris walaupun telah mendahului seawal minit ke-2. Foo, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak iaitu 8 gol, diikuti dgn Balat, 6 dan Pica, 5 gol. Tahap kecergasan yang ditunjukkan oleh pemain 30an pada hari tersebut sangat memberangsangkan. Kita mungkin akan dapat melihat pertandingan yang lebih hebat pada acara olahraga nanti.

Secara keseluruhan, kejohanan ini diannggap berjaya berdasarkan penyertaan ahli-ahli Class of 94 yang sanggup turun demi menyokong serta berjuang demi rumah tercinta. Tahniah diucapkan kepada pasukan Ahmad kerana menjuarai Kejohanan ini dengan rekod tanpa kalah dan seri. Kepada pasukan Lemanz All Star, cuba lagi pada masa akan datang. Kepada semua ahli-ahli Class of 94 yang hadir, jutaan terima kasih diucapkan.Diharapkan jumlah ini akan bertambah apabila acara kemuncak diadakan pada tahun 2008 di Kolej Melayu tercinta.

Sekian, wartawan lapangan melaporkan untuk Berita Sukantara 2008.

Notes:

* special thanks to Mtop yang merekodkan semua keputusan perlawanan.
* thanx to NSTP yang menaja makanan tengahhari. (dan menyebabkan aiwa hilang konsentrasi pada perlawanan akhir..)
* to all managers, gud job guys.
* to all players yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi
* ampun dan maaf daripada pihak penganjur jika ada kekurangan.

Klik sini untuk mengetahui Laporan Penuh FutsalTera 2007.

ezam
e139

Tuesday, August 14, 2007

UPDATE GOFTERA CLASS OF 94

ATTENTION !!!

Organizer dah ubah date untuk GolfTera kepada Isnin, 10 September 2007 di Staffield, Mantin, Negeri Sembilan.

AJK akan collect RM100 dulu untuk baut preparation and booking. kalau tak cukup, nanti mintak lagi. should be cukup.

rate : RM58 (green fees, buggy, insurance) - provided tee off before 9.30.

yang dah confirm based on previous date :

1.kadaq
2.kandaq
3.epit
4.ayien
5.fadhil
6.pokpeq
7.mpro
8.wawa

so ada sesapa lain nak join? come on...

Next announcement.

after much deliberation, GolfTera Class of 94 will be held as follows :

1. will be held as series - probably 5 games; then players boleh pilih the best 3 games untuk tujuan pengiraan
2. akan diadakan di course2 yg berlainan.
3. fadhil akan sponsor challenge cup

lagi update akan diumumkan kemudian.

feedbacks/inputs appreciated.

Friday, August 10, 2007

July Points




Top Spammer of the Month : July 2007

1. 1157 mtop (N) - 10 points (I)
2. 649 nik (1) - 9 points (MS)
3. 515 Khalid (3) - 8 points (S)
4. 335 bocap (2) - 7 points (MS)
5. 302 kno (7) - 6 points (MS)
6. 261 idzam (8) - 5 points (MS)
7. 214 rifdi (N) - 4 points (A)
8. 195 epit (6) - 3 points (S)
9. 187 syed moto (N) - 2 points (S)
10. 149 radin (5) - 1 point (S)

(X) = last month position / N (New Entry)



All Time Top Spammer (Carey Award Nominees)

1. 4431 nik (MS) (2221 nik (nik@koleq94.com) + 2210 nik (zamiri.abrahim@gmail.com )
2. 4401 chamat (I)
3. 4243 kno (MS)
4. 3352 bocap (MS)
5. 2789 idzam (MS)
6. 2751 mpro (I)
7. 2363 fadli (A)
8. 2285 epit (S)
9. 2205 rough (S)

TOTAL JULY POINTS


27 points


14 points


10 points


4 points

Friday, August 03, 2007

Salam to All...Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, FUTSAL merupakan salah satu acara sukanuntuk mengutip mata dalam SUKANTERA 2008 .Maka cadangan untuk FUTSALTeRA 2007 adalah seperti berikut:

Date : 26 August 2007, Sunday
Time : 9.00 am - 1.00 pm
Venue : Futsal Sports Centre, Petaling Jaya

PenyertaanSetiap rumah diwajibkan menghantar satu pasukan yang dianggotai oleh 6 orang (Minimum) dan tiada maximum.

Sila lantik pengurus serta kapten pasukan anda.Sila serahkan nama anda kepada : ezam / epit / aiwa.

Kepada yang tidak mahu bermain, marilah sama-sama turun untuk menyokong serta memeriahkan acara sempena semangat kesukanan yang tinggi... (dapat point untuk rumah anda).

Peraturan serta Format Pertandingan
1. Round Robin - semua pasukan akan bermain 3 kali dalam peringkat kumpulan - 21 minit setiap perlawanan (10-1-10)2.
2. pasukan teratas akan bermain di Final, 2 pasukan terbawah akan merebut tempat ke 3 dan 4

3. Sebarang penentuan akan ditentukan melalui sepakan penalti

** format masih terbuka untuk perbincangan

Pemberian Markah

Cadangan:

1. Johan - 100 mata, Naib Johan - 75 mata, Ketiga - 50 mata dan Ke-4 - 25 mata
2. Markah juga akan diberikan berdasarkan penyertaan ahli-ahli rumah serta ahli2 rumah yang hadir eg. 1 orang - 2 mata

Bayaran Penyertaan :RM10 deposit setiap pemain

* sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50''

ezam 9313994
AJK SUKANTERA 2008