Thursday, December 28, 2006

Pertandingan Logo & Cogankata SukanTARA

25 point utk rumah kpd logo yg terpilih
  • Lukih tangan & scan pun boleh (syarat kualiti minima - sila rujuk peta rumah rough)
  • Tema bebas asalkan cun
  • Sertakan bersama cogankata
  • Hantar kpd awi atau kat group
  • Tarikh tutup 31 Jan 2007
  • Pemilihan secara undian di blog ini

Friday, December 08, 2006

Peraturan Sepanjang MBM

Berikut adalah beberapa peraturan yang telah ditetapkan ke dalam MBM.

1. Berkenaan warkah yang mengandungi perkataan/ayat bahasa asing
  • Warkah yang dihantar pada dan selepas tarikh 8 Disember 2006
  • Warkah ilmiah daripada luar yang dikehadapankan (ef-dabeliu-di) kepada kumpulan warkah kita adalah dibenarkan
  • Bagaimanapun, sebarang ulasan penulis hendaklah mematuhi peraturan MBM
  • Denda yang dipersetujui ramai adalah sebanyak 2 markah akan ditolak bagi setiap warkah yang dilaporkan mencabul peraturan MBM
  • Tertakluk kepada budibicara juri
2. Berkenaan warkah dihiasi pantun, sajak, puisi, peribahasa dll.
  • Pantun hendaklah berkualiti dan tepat penggunaan nya
  • Maksud pantun dll. itu jelas penyampaiannya
  • Pantun sekurang-kurangnya 4 kerat
  • Pantun dll. ala-ala majalah ujang adalah dibenarkan tetapi tidak dialu-alukan
  • Markah bonus yang dipersetujui ramai adalah sebanyak 5 markah bagi setiap warkah yang dilaporkan dan dinilai oleh juri
MBM akan berakhir pada 11.59 mlm Khamis, 14 Disember. Ia disusuli dengan majlis penutup pada keesokan harinya di mana satu topik akan disiarkan dan para wakil rumah bolehlah menuntut markah atau menolak markah rumah lain di dalam bebenang topik tersebut.

Wakil rumah dikehendaki menyertakan salinan asal warkah tersebut. Hanya warkah bertarikh 8 hingga 14 Disember sahaja akan dilayan. Tuntutan berakhir pada 11.59 mlm Jumaat 15 Disember.

Tuntutan akan dinilai oleh Encik Pengantara dengan kerjasama BBM selama mana yang mereka perlu.

"Kebijaksanaan Mutu Manusia"

Thursday, December 07, 2006

Pengisytiharan MBM Menjelang Anugerah Keri

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Atas permintaan (yang sebenarnya tidaklah sebegitu) ramai, saya dengan penuh terharu ingin memberikan sepatah dua kata bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu di wadah komuniti siber kita ini.

Pelancaran Minggu Bahasa Melayu ini memanglah kena pada masanya. Bahasa ibunda kita yang tercinta kini sedang menghadapi cabaran yang getir. Dari pemimpin yang merasakan Bahasa Melayu tidak layak untuk mengungkapkan angka dan ilmu sains, hinggalah pelakon muda yang "merasa bodoh" apabila bertutur dalam bahasa Melayu, kelangsungan hidup bahasa kita ini semakin hari semakin tergugat.

Justeru adalah diharapkan supaya usaha seperti Minggu Bahasa Melayu ini dapat sedikit-sebanyak menobatkan bahasa ibunda kita ke tempat yang sepatutnya.

Setelah difikirkan dengan panjang (dua minit je, sebenarnya) berikut ialah peraturan Minggu Bahasa Melayu (MBM):

1. Berlangsung selama seminggu iaitu tamat hari Khamis minggu depan. Tetapi sekiranya kadar taipan semua orang meningkat dalam seminggu ini, boleh dipertimbangkan agar MBM dipanjangkan (haha).

2. Semua perhubungan haruslah dalam Bahasa Melayu (perlu diungkapkankah peraturan yang memangnya harus sebegitu ketara?)

3. Semua AMAT digalakkan menggunakan peribahasa, pepatah-petitih, simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pantun, gurindam, bahasa klasik dalam e-warkah masing-masing.

4. Sekiranya tertekan dan tidak tahu ungkapan bahasa Melayu untuk sesuatu, terjemahan yang inovatif dan kreatif adalah dialu-alukan. (contoh "ditangkap bertangan merah" - Che Mad; "menggelupur atas lantai ketawa terbahak-bahak" - Nikolai Fyodorevich Zamirinsko)

5. Jika "terpaksa" juga menggunakan nama atau kata bahasa Inggeris, sila eja cara bahasa Melayu ("Carey" = "Keri", "absorber" = ebzobe) menurut peraturan Ejaan Bahasa Melayu Baru keluaran DBP tahun 1970.

6. Sebarang perselisihan dan sungutan bahasa akan diselesaikan secara ijithad (baca: direka ikut suka hati) oleh saya.

Sekian, dan majulah sukan untuk negara.

Fazurin
P.S. Belum dapat jadi bapak budak, jadi Bapa Bahasa Melayu pun jadilah.

Monday, December 04, 2006

Road to 2008 - Bowling

  • date : tentatively bulan Mac'07
    • ahad pagi
  • venue : Sunway pyramid
    • sebab aku pilih ni, kalau ada org komen, lane tak bagus, memang kena kerat kepala, coz international pun main kat sini
  • game : 3 games
  • fee : RM 15
    • socks bawak sendiri, kasut bayar sendiri kat kaunter
  • rules :
    • 3 org / team
      • team divided by house, so, nanti akan ada undian utk team
    • no handicap
    • winner/points
      1. Total high score 8 points (1st), 5pts (2nd), 3pts (3rd)
      2. Highest team score 15pts (1st), 10 pts (2nd), 7 pts (3rd)
      3. Highest score 8 points(1st), 5pts (2nd), 3pts (3rd)
    • everyone yg join akan dapat 1 pt each utk house
    • sapa ada kasut or bola sendiri, boleh pakai
  • others : duit lebih akan di masukkan ker fund sukantera utk hadiah
    • hadiah akan diberi masa closing ceremony kat koleq
Thank you.

'SHOW ME THE DATA'

Best regards;
Mohd Masrul Mohd Nazir Jawawi
Event Manager - Bowling

SukanTARA 2008 - Road to 2008

AJK SukanTera 2008 telah berbincang. Few games will be held prior to the actual day of the event. On the day of the event, only track & field will be contested. The build up games to SukanTera 2008 includes bowling and futsal.

Details are as follows :

BOWLING
  • Project Manager : Mattop
  • Date : somewhere in March
  • Format : TBC
    • tapi semuanya akan didesign untuk memberikan mata kepada rumah memasing
FUTSAL
  • Project Manager : Ezam / Ayien (gasak le korang sapa yg lebih gila kuasa)
  • Date : Somewhere in August
  • Format : Carnival;
    • suggested 2 teams each house; round robin @ kalah mati @ league (TBC)
So, get down to bisnes, training ke, apa ke, these games will definitely go on. kalau takde wakil pun, mata tetap akan dikira (mungkin ditolak sbb tak beri kerjasama) masa tak boleh jadi alasan sbb dah bgtau awal nie...

p/s : rasanya few of us dah start playing golf. kalau ada sesapa nak organise, boleh suarakan.

AJK/Wartawan SukanTARA 2008
epit a.k.a hafizbullah

Friday, December 01, 2006

November Points

Points from Carey Award Race
  1. 1002 kno (2) - 10
  2. 892 chamat (1) - 8
  3. 730 nik - 6
  4. 591 fadli (5) - 5
  5. 562 bocap - 4
  6. 555 mpro (9) - 3
  7. 467 jijan (10) - 2
  8. 443 shepp - 1
  9. 385 rough (8) - disco
  10. 369 mohd.auzir.za...@my.pwc.com - ret
Takde point dari event lain-lain.

TOTAL NOVEMBER POINTS

20

11

6

2

Thursday, November 30, 2006

Sukan TRA 2008 - Training Begins

Ahmad house secret training video

Lagu Rumah SukanTera 2008

aiwa (A)
  • Chicago - Yesterday atau Hard to Say I'm Sorry (lagu-2 fav. captain)
  • Merah Hitam Kehidupan (cubaan bergabung dgn leman)
che mad (A)
  • Manowar - Black Wind, Fire and Steel (bukan Earth, Wind and Fire ye, jangan salah baca)
mpro (I)
  • Sheila Majid - Hitam Putih Kehidupan (cubaan bergabung dgn ahmad)
  • White Lion
  • Michael Jackson - Black or White (cubaan ke-2 bergabung dgn ahmad)
  • Awie & Ziana Zain - Merah (ngada propose lagu utk rumah lain)
  • Ahmad Albab Ibni Syawal (ngada lagi)
    • Lead Vocal - che mad
    • Backing Vocal - Jijan (req. by singer)
    • Backing Vocal - Hazamil Farid Kromok (backup kalu kena amik rumah sendiri)
shasha (MS)
  • Beatles - Yellow Submarine
  • Lancang Kuning
(L)
  • tara papa yeay.. tara papa yeay..
  • pap pap ... pap pap pap ... papapapap ... tsung wah ! (sambil pakai seluar tidoq)

Tuesday, November 28, 2006

Kenyataan Balas Kpd Paparazzi Leman


Date: Mon, Nov 27 2006 9:13 am

Salam sejahtera semua,

Sepanjang ketiadaan saya di hujung minggu baru2 ini, saya lihat ada wartawan, termasuk wartawan sukan telah cuba menabur fitnah serta membuat cerita yang tiada asasnya. Saya sungguh kesal dengan apa yang terjadi. Di harap perkara sebegini jgn diulangi lagi.

Sebenarnya, saya selaku ketua rumah Idris 1994, hanya menyaran ahli2 rumah Idris agar lebih aktif dalam acara membalas email bagi menambah kutipan mata rumah. Ini kerana acara sukan yang sebenar masih lagi jauh di hadapan. Sekiranya ada ahli rumah Idris yang melakukan latihan secara tersembunyi dan terserempak dgn wartawan sukan sdr. Hafizbullah, itu adalah diluar bidang kuasa saya.

Sebenarnya, rumah Idris telah pun merangka dan meluluskan Pelan Persedian Atlet Rumah Idris bagi menghadapi Sukan Tara 2008. Dah lama dah.... Pihak pengurusan Rumah Idris telah pun melaksanakan beberapa strategi yang telah digariskan didalam pelan berkenaan dan ia nyata membuahkan hasil. Bagi strategi yang seterusnya, akan dilaksanakan secara berperingkat sehinggalah hari temasya Sukan Tara itu nanti.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan syabas kepada Sdr. Faidzal Haslah kerana telah memulakan latihan bagi memantapkan persedian Sukan Tara 2008. Dan juga kepada sdr. Hazly yang telah berjaya mengutip mata untuk dalam acara berbalas email, TAHNIAH saya ucapkan. Adalah menjadi harapan saya agar beliau teruskan usaha untuk meningkatkan stamina beliau dan juga kepada semua ahli Idris yang lain, jadikanlah mereka sebagai contoh untuk kemajuan kita bersama.

Saya harap, kepada wartawan2 sukan yang sedang menjalankan tugas, lain kali cubalah dapatkan keterangan yang lebih jelas sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar. Saya juga ingin menyatakan bahawa tiada wartawan yang menghubungi saya berkenaan kejadian yang telah berlaku.

Sekian Harap maklum,

"On and Onwards"

Mohamad Nadzrie Azhar

Saturday, November 25, 2006

BREAKING NEWS : KOMEN DRP JURUCAKAP MOHD SHAH

Saya telah cuba menghubungi jurucakap rumah Mohd Shah mengenai program rahsia ruma Idris ini. Jelas sekali mereka tidak senang walaupun tidak terkejut dengan perkembangan keji ini. berikut merupakan kenyataan akhbar mereka.

Terima kasih kepada reporter lapangan cum ajk sukantera hafizbullah awang atas liputan tersebut.

sememangnya diketahui bahawa chef de mission rumah sukan yang sentiasa mengibarkan bendera putih seorang yang licik dan penuh dengan tipudaya baik dari zaman remajanya hinggalah ke era langit terbuka masa kini. Awass lah rakan-rakan seperlawanan sekalian, mungkin pada ketiak ini (wording hafizbullah) para atlit rumah putih sedang giat berlatih di rumah, mungkin haji gabai sedang bangkit tubi bersama isteri, saudara hairul mungkin sedang half-way down dengan anak2... brother ikram dan hucs entah2 sedang mengamalkan patigeni secara bersendirian. itu belum diambil kira self practice oleh mattop juga riadah tanpa had oleh chamat di kota singa.

oleh itu, bangkitlah rakan2... kita pernah tewas tanpa adil pada satu masa dahulu. jangan biarkan fenomena rumah putih melanda lagi! Ayyyuhh!!!


p/s ayuh, sambutlah seruan ini,

jangan tunggu-tunggu lagi,
jangan biarkan masa berlalu percuma...

oleh : shasha @ hj bochap.
Date: Sat, Nov 25 2006 12:28 pm

BREAKING NEWS : SECRET TRAINING IDRIS HOUSE DAH BERMULA


Dear All,

Salah satu term of reference aku sbg self appointed AJK Sukan Tara 2008, tugas aku adalah untuk menjalankan intipan jika ada mana rumah yang memakai taktik keji contohnya program secret training program, menyantau ahli rumah lawan,etc. Ini amat perlu untuk memastikan fair game.

Hasil pemantauan aku pagi ini, Idris House telah menghantar ahli rumahnya yang paling berjaya dalam sejarah mereka iaitu Sdr Faidzal Haslah Hassan untuk mencari stamina menjelang Sukan Tara 2008 nanti. Kejadian ini telah berlaku awal pagi tadi (sabtu) di Lake Gardens KL. Daripada sumber yang dipercayai, program ini akan berterusan setiap hari sabtu & ahad dan juga hari cuti umum. Ketiak diberkas, beliau hanya mengatakan ayat ini berulang ulang , "saya hanya ikut arahan kapten rumah."

Ketika dihubungi, kapten rumah telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau telah mengeluarkan arahan tersebut. Walaubagaimanapun , penafian itu dibuat dengan tergagap-tergagap dan beliau telalh cepat-cepat meletakkan telefon.

Bersama-sama ini di'attach'kan bersama gambar kantoi pejal.

Keji, sungguh keji...

Thursday, November 23, 2006

Pic of the Month - November

pose ala-ala rambo oleh ahmad house
wong berdiri tegak dgn kasut keletup keletap nya

Tuesday, October 17, 2006

October Points

Points dari Carey Award Race

Result Top 8 of the month telah diambil pada midnight 31 Oct.

Points utk rumah adalah seperti Formula One, Top 8.

1st - 883 - chamat - idris - 10 points
2nd - 479 - kno - mohd shah - 8 points
3rd - 471 - epit - sulaiman - 6 points
4th - 350 - gadap - mohd shah - 5 points
5th - 316 - fadli - ahmad - 4 points
6th - 256 - idzam - mohd shah - 3
7th - 215 - mat top - idris - 2
8th - 193(563) - rough - sulaiman - 1

9th - 193(547) - mpro - idris - disco
10th - 170 - jijan - sulaiman - disco

9-10th - disco !... hahaha at least bleh tgk nama-2 yg "almost there".

  • rough & mpro tie, so amik kira all time posting
  • belum muktamad, tunggu clarification dari wakil rumah
  • ahmad sure tak puah ati takde org kuat, tp kalu the tribe has spoken, nak wat camne
  • Carey Award criteria to be drafted soon.
TOTAL OCTOBER POINTS

  1. Mohd Shah - 16
  2. Idris - 12
  3. Sulaiman - 7
  4. Ahmad - 4

Saturday, October 14, 2006

MISC. EVENTS

to be announced....

SPORTING EVENTS

to be announced

2008 CAREY AWARD

"Based solely on top spammer of century" - as quoted by TMP
  • Akan dinilai pada ranking "All Time Top Poster" di 9094 group mailing list
  • Tarikh penilaian akan diumumkan di ambang Sukantara 2008

KATA ALUAN TMP


Dengan ini diumumkan SUKANTARA 2008 akan sah diadakan - jadi 2008 sebab:
  1. Nak tunggu Abon balik, kalau tak Leman kalah tarik tali
  2. Ha ha it will take one year plus to organise this
BRIEF DETAILS

Program:
  • Treasure Hunt along KL-Ipoh-Taiping
  • Stay at one of the resorts close to koleq (suggestion now @ Bukit Merah or Lost World @ Tambun)
  • Dinner kat resort, we'll try to get some teachers who can make it to join
  • On last day, converge kat koleq for Sukantara; event akan diumumkan kemudian so that team dan peserta buleh bersedia
  • Habis Sukantara and dah announce House Champion (captain kena balik nak ambik hadiah!), kita pun beredar pulang

Tentative Tarikh:

One of the weekends in January or early February (we cannot go beyond that because after that koleq busy and x leh entertain)

How much pax?

Well kena kira dulu but definitely not more than RM200 (aku rasa), and we might consider a different rate for spouse (subsidise etc. tengok laa mcm mana)

Since by 2008 some of us will be jolly rich already - we'll be going around to ask for some contribution/donation!

So sila lah book/block date and simpan duit siap2!

RM20 sebulan pun dah cukup :-)

Nak buat kutu or nak start simpan duit laaa ni ngn Epit pun OK!

Kind regards.

M Rafizi Ramli
Tuan Muda Petronas

Thursday, October 12, 2006

White Power

WAKIL RUMAH - SILA REPOST
  • Captain - Mpro
  • Active Members -
  • Power Member

Western Eagles

WAKIL RUMAH - SILA REPOST
  • Captain - Mejar Capoe
  • Active Members -
  • Power Member
    • Ayul a.k.a Sagat
    • Faz - senjata but bola

Mc Darken's Beast

WAKIL RUMAH - SILA REPOST
  • Captain - Tukidoe
  • Active Members -

Evil Empire


  • Captain - Tukidoe
  • Active Members - 27
  • Orang kuat
    • zadin - winning eleven
    • tukidoe - winning eleven, snooker
    • gadap - calon berbakat Carey Award Race, pelumba snack
    • wong - gaji beso, pandai menyelam mencari syiling, pelumba snack
    • kno - Carey Award Race
    • butcher - bob the builder
    • shahrin - mempunyai nama glemer yg terlampau
    • toje - pakar spirit of the coin
    • loque - pencipta lagu2 cheering mohd shah

Pic of the Month - Oktober

monoloque & friends