Thursday, November 30, 2006

Sukan TRA 2008 - Training Begins

Ahmad house secret training video

Lagu Rumah SukanTera 2008

aiwa (A)
  • Chicago - Yesterday atau Hard to Say I'm Sorry (lagu-2 fav. captain)
  • Merah Hitam Kehidupan (cubaan bergabung dgn leman)
che mad (A)
  • Manowar - Black Wind, Fire and Steel (bukan Earth, Wind and Fire ye, jangan salah baca)
mpro (I)
  • Sheila Majid - Hitam Putih Kehidupan (cubaan bergabung dgn ahmad)
  • White Lion
  • Michael Jackson - Black or White (cubaan ke-2 bergabung dgn ahmad)
  • Awie & Ziana Zain - Merah (ngada propose lagu utk rumah lain)
  • Ahmad Albab Ibni Syawal (ngada lagi)
    • Lead Vocal - che mad
    • Backing Vocal - Jijan (req. by singer)
    • Backing Vocal - Hazamil Farid Kromok (backup kalu kena amik rumah sendiri)
shasha (MS)
  • Beatles - Yellow Submarine
  • Lancang Kuning
(L)
  • tara papa yeay.. tara papa yeay..
  • pap pap ... pap pap pap ... papapapap ... tsung wah ! (sambil pakai seluar tidoq)

Tuesday, November 28, 2006

Kenyataan Balas Kpd Paparazzi Leman


Date: Mon, Nov 27 2006 9:13 am

Salam sejahtera semua,

Sepanjang ketiadaan saya di hujung minggu baru2 ini, saya lihat ada wartawan, termasuk wartawan sukan telah cuba menabur fitnah serta membuat cerita yang tiada asasnya. Saya sungguh kesal dengan apa yang terjadi. Di harap perkara sebegini jgn diulangi lagi.

Sebenarnya, saya selaku ketua rumah Idris 1994, hanya menyaran ahli2 rumah Idris agar lebih aktif dalam acara membalas email bagi menambah kutipan mata rumah. Ini kerana acara sukan yang sebenar masih lagi jauh di hadapan. Sekiranya ada ahli rumah Idris yang melakukan latihan secara tersembunyi dan terserempak dgn wartawan sukan sdr. Hafizbullah, itu adalah diluar bidang kuasa saya.

Sebenarnya, rumah Idris telah pun merangka dan meluluskan Pelan Persedian Atlet Rumah Idris bagi menghadapi Sukan Tara 2008. Dah lama dah.... Pihak pengurusan Rumah Idris telah pun melaksanakan beberapa strategi yang telah digariskan didalam pelan berkenaan dan ia nyata membuahkan hasil. Bagi strategi yang seterusnya, akan dilaksanakan secara berperingkat sehinggalah hari temasya Sukan Tara itu nanti.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan syabas kepada Sdr. Faidzal Haslah kerana telah memulakan latihan bagi memantapkan persedian Sukan Tara 2008. Dan juga kepada sdr. Hazly yang telah berjaya mengutip mata untuk dalam acara berbalas email, TAHNIAH saya ucapkan. Adalah menjadi harapan saya agar beliau teruskan usaha untuk meningkatkan stamina beliau dan juga kepada semua ahli Idris yang lain, jadikanlah mereka sebagai contoh untuk kemajuan kita bersama.

Saya harap, kepada wartawan2 sukan yang sedang menjalankan tugas, lain kali cubalah dapatkan keterangan yang lebih jelas sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar. Saya juga ingin menyatakan bahawa tiada wartawan yang menghubungi saya berkenaan kejadian yang telah berlaku.

Sekian Harap maklum,

"On and Onwards"

Mohamad Nadzrie Azhar

Saturday, November 25, 2006

BREAKING NEWS : KOMEN DRP JURUCAKAP MOHD SHAH

Saya telah cuba menghubungi jurucakap rumah Mohd Shah mengenai program rahsia ruma Idris ini. Jelas sekali mereka tidak senang walaupun tidak terkejut dengan perkembangan keji ini. berikut merupakan kenyataan akhbar mereka.

Terima kasih kepada reporter lapangan cum ajk sukantera hafizbullah awang atas liputan tersebut.

sememangnya diketahui bahawa chef de mission rumah sukan yang sentiasa mengibarkan bendera putih seorang yang licik dan penuh dengan tipudaya baik dari zaman remajanya hinggalah ke era langit terbuka masa kini. Awass lah rakan-rakan seperlawanan sekalian, mungkin pada ketiak ini (wording hafizbullah) para atlit rumah putih sedang giat berlatih di rumah, mungkin haji gabai sedang bangkit tubi bersama isteri, saudara hairul mungkin sedang half-way down dengan anak2... brother ikram dan hucs entah2 sedang mengamalkan patigeni secara bersendirian. itu belum diambil kira self practice oleh mattop juga riadah tanpa had oleh chamat di kota singa.

oleh itu, bangkitlah rakan2... kita pernah tewas tanpa adil pada satu masa dahulu. jangan biarkan fenomena rumah putih melanda lagi! Ayyyuhh!!!


p/s ayuh, sambutlah seruan ini,

jangan tunggu-tunggu lagi,
jangan biarkan masa berlalu percuma...

oleh : shasha @ hj bochap.
Date: Sat, Nov 25 2006 12:28 pm

BREAKING NEWS : SECRET TRAINING IDRIS HOUSE DAH BERMULA


Dear All,

Salah satu term of reference aku sbg self appointed AJK Sukan Tara 2008, tugas aku adalah untuk menjalankan intipan jika ada mana rumah yang memakai taktik keji contohnya program secret training program, menyantau ahli rumah lawan,etc. Ini amat perlu untuk memastikan fair game.

Hasil pemantauan aku pagi ini, Idris House telah menghantar ahli rumahnya yang paling berjaya dalam sejarah mereka iaitu Sdr Faidzal Haslah Hassan untuk mencari stamina menjelang Sukan Tara 2008 nanti. Kejadian ini telah berlaku awal pagi tadi (sabtu) di Lake Gardens KL. Daripada sumber yang dipercayai, program ini akan berterusan setiap hari sabtu & ahad dan juga hari cuti umum. Ketiak diberkas, beliau hanya mengatakan ayat ini berulang ulang , "saya hanya ikut arahan kapten rumah."

Ketika dihubungi, kapten rumah telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau telah mengeluarkan arahan tersebut. Walaubagaimanapun , penafian itu dibuat dengan tergagap-tergagap dan beliau telalh cepat-cepat meletakkan telefon.

Bersama-sama ini di'attach'kan bersama gambar kantoi pejal.

Keji, sungguh keji...

Thursday, November 23, 2006

Pic of the Month - November

pose ala-ala rambo oleh ahmad house
wong berdiri tegak dgn kasut keletup keletap nya