1. Berkenaan warkah yang mengandungi perkataan/ayat bahasa asing
- Warkah yang dihantar pada dan selepas tarikh 8 Disember 2006
- Warkah ilmiah daripada luar yang dikehadapankan (ef-dabeliu-di) kepada kumpulan warkah kita adalah dibenarkan
- Bagaimanapun, sebarang ulasan penulis hendaklah mematuhi peraturan MBM
- Denda yang dipersetujui ramai adalah sebanyak 2 markah akan ditolak bagi setiap warkah yang dilaporkan mencabul peraturan MBM
- Tertakluk kepada budibicara juri
- Pantun hendaklah berkualiti dan tepat penggunaan nya
- Maksud pantun dll. itu jelas penyampaiannya
- Pantun sekurang-kurangnya 4 kerat
- Pantun dll. ala-ala majalah ujang adalah dibenarkan tetapi tidak dialu-alukan
- Markah bonus yang dipersetujui ramai adalah sebanyak 5 markah bagi setiap warkah yang dilaporkan dan dinilai oleh juri
Wakil rumah dikehendaki menyertakan salinan asal warkah tersebut. Hanya warkah bertarikh 8 hingga 14 Disember sahaja akan dilayan. Tuntutan berakhir pada 11.59 mlm Jumaat 15 Disember.
Tuntutan akan dinilai oleh Encik Pengantara dengan kerjasama BBM selama mana yang mereka perlu.




