- Graf Prestasi Pelumba
- Top 10 Racer Points
- Top 10 Racer Endurance
Terdapat peningkatan dalam perlumbaan februari di mana terdapat teknik2 baru dikenalpasti digunakan oleh segelintir pelumba. Antaranya adalah
- ucapan terima kasih & sama-sama yg merapu
- hijack/noda/bunuh topik org lain dan kadangkala topik sendiri
- reply email sendiri
- teknik membetulkan "wrong (t)ypo"
Racing HighlightsPerlumbaan februari yg sengit telah mengakibatkan enche mtop mensasaubilau keadaan apabila mengumumkan beliau telah terlampau salah taip sehingga bukan sahaja typo, malah wrong typo, keadaan yg terlalu salah.
Keadaan mendebarkan bagi pasukan ahmad kerana pelumba harapan mereka bakal di-disco-kan berikutan kes salah laku di arena lain. Namun berdasarkan keputusan undian, enche fadli telah dimaafkan dan diberi amaran terakhir.
Usaha gigih enche bochap disaat akhir gagal menempatkan diri dalam senarai top 10 berikutan membuat hentian pit yg agak lama berikutan masalah enjin yang telah mengakibatkan jari jemari beliau menjadi bengkak dan chubby. Beliau hampir2 menyertai kumpulan lain iaitu kumpulan chubbyfingers dgn album sulung, 122 kilogram.
- kelihatan sugul dan chubby
Enche chamato, pelumba jarak jauh dari seberang juga telah mendapat nama julukan baru, antaranya pembunuh lipas dan seterusnya pembunuh topik. Bagaimanapun keadaan ini telah memberi laluan mudah kepada pelumba dari team yg sama utk mengekalkan kejuaraan ketiga berturut2.
Ulasan bertulis dari enche mpro,
Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada kesemua rakan2 seperjuangan terutama ahli rumah Idris kerana tanpa mereka, saya tak mungkin dapat me”reply” email sebanyak ini. Kejayaan ini tak mungkin akan dating tanpa email daripada rakan2 yang membakar semangat untuk saya terus berusaha hingga ke peringkat ini.
Terus terang, saya katakana, tiada strategi yang spesifik yang saya gunakan. Seperti yang selalu saya utarakan di dalam email bahawasanya, kejayaan ini hanya boleh dikecapi dengan me”multitasking”kan diri serta membalas e-warkah walaupun sebaris ayat. Selain itu, saya meletakkan matlamat ataupun yang selalu saya sebut KPI, iaitu jumlah email yang harus saya hantar setiap hari sebagai satu perkara yang membawa saya sehingga tahap ini.
Dari segi cabaran, memang banyak jika hendak bincangkan. Cabaran datang dari semua segi terutama dari ahli rumah Md. Shah sendiri dimana jumlah peserta mereka yang agak berbilang. Namun cabaran2 inilah yang telah membuat saya lebih bersemangat serta lebih tidak bertimbang rasa dalam membalas e warkah rakan2.
Akhir sekali, harapan saya ialah agar ahli2 yang berkecimpung dalam acara ini terutamanya ahli2 rumah Idris sendiri, terus melipat gandakan usaha dalam membalas e-warkah2 group kita. Saya juga mengharap agar ahli lelap yang lain agar bangun dapat menyertai dalam sesi balas membalas e-warkah group kita walaupun bukan dengan niat untuk bersaing, tetapi cukuplah sekadar untuk bertanya khabar atau berkongsi maklumat.
”Group siapa kalau bukan group kita”
Walaupun markah muktamad februari belum diumumkan, ramalan awal berdasarkan sumbangan markah dalam perlumbaan ini telah menyaksikan kejatuhan Mohd Shah buat pertama kali ke tempat ke -2
Ketika ditemubual, nyata enche kno kurang bersemangat berikutan kejatuhan ini, beliau hanya menyatakan ulasan dalam bentuk poin(t) shj dan menampakkan beliau cuba menuding jari ke pihak lain.
reason(s) aku
- aku busylah lately ni. dengan projek itik2 berani lagi, futsal plak, mcoba hockey lagi....dan banyak lagi la. perlu senarai ke?
- aku ingatkan dengan pengunduran sementara aku bolehlah pv tribes yg lain cover. sekali hampes. harapkan ezam je masuk top 5
- mcoba alam dengan singakpoh semakin aktif la lately nih. apa dadah diaorang pakai eh?
- bochap mungkin bz dengan SJER. ke SJER yang bz sebab bochap?
- nik pun sekali2 tenggelam. lately je semenjak ngan maersk active balik
- aku rasa ada conspirasi google dengan idris la. ni suma sergey yurin punya pasal la nih
- ke mungkin cikgu vijay (idris) terlibat? dulu kan cikgu vijay terlibat menidakkan point mohd shah masa 94. mungkin dia muncul kembali? ke dia jelmaan kedua kak ram?
- kami perlukan sokongan cikgu2 mohd shah juga seperti ustaz yazid dan cikgu ah sian. tanpa mereka, siapalah kami....
Berikutan perkembangan tidak sehat teknik hijack yg terbaru itu, pihak Federation Interhouse de Email (FIE) telah menyuarakan ketidaksenanghatian berkenaan teknik ini yg bakal menggugat kegemilangan Formula Carey Grand Prix. Salah seorang mangsa yang enggan namanya disiarkan menyatakan topiknya telah dirampas dan dirobek dalam masa tidak sampai 10 minit. Topik pertanyaan ikhlas beliau berkenaan handphone telah bertukar menjadi perampas handphone, bos tgk org baca email, jemari cramp, karipap poket.
- mengalami trauma sejak insiden itu
Sehubungan itu Dr. SM dari unit RND telah menghubungi pihak FIE dgn kertas kerja/tesis/teori dan formula algorithm yg bakal membendung gejala ini. Pihak FIE secara dasarnya bersetuju walaupun langsung tak paham dan akan mengumumkan peraturan baru tidak lama lagi. Mereka juga ingin mengingatkan para pelumba yg pihak FIE akan bertegas dalam hal ini.