Wednesday, August 29, 2007

Report On FutsalTera 2007



Salam,

Petaling Jaya, Ahad, 26 Ogos 2007 - Bertempat di Futsal Sports Centre, Petaling Jaya, Kejohanan FutsalTERA 2007 telah diadakan sempena Sukantara 2008. Kejohanan Futsal Tertutup antara Rumah ini adalah julung-julung kalinya diadakan.

Sambutan yang diberikan cukup meriah walaupun notis yang diberikan agak lambat. Para pemain serta pengurus telah sampai seawal 8.30 pagi walaupun Gelanggang hanya dibuka pada pukul 9.00 pagi. Pemain-pemain datang dari segenap penjuru termasuklah Ipoh dan Melaka. Syabas.

Sementara menunggu tempat tersebut dibuka, segelintir pemain dan pengurus bergegas ke Seksyen 14 untuk sarapan pagi dimana kebanyakan pemain telah memesan air limau suam. Cubaan untuk mensabotaj pemain2 dari rumah lain dgn cubaan memesan nasi goreng ayam serta tomyam dapat dipatahkan. Kalau tak salah sarapan telah ditaja oleh TNB Officer. Cubaan membawa pemain2 junior (9296) oleh pasukan I***s juga berjaya dipatahkan.

Setelah undian dijalankan, rumah Ahmad dan Mohd Shah adalah pasukan yang memulakan perjuangan. Keputusan secara terperinci ada disertakan bersama email ini. Sila buka attachment anda. Kejutan pertama berlaku apabila Sulaiman tewas ditangan Idris walaupun telah mendahului seawal minit ke-2. Foo, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak iaitu 8 gol, diikuti dgn Balat, 6 dan Pica, 5 gol. Tahap kecergasan yang ditunjukkan oleh pemain 30an pada hari tersebut sangat memberangsangkan. Kita mungkin akan dapat melihat pertandingan yang lebih hebat pada acara olahraga nanti.

Secara keseluruhan, kejohanan ini diannggap berjaya berdasarkan penyertaan ahli-ahli Class of 94 yang sanggup turun demi menyokong serta berjuang demi rumah tercinta. Tahniah diucapkan kepada pasukan Ahmad kerana menjuarai Kejohanan ini dengan rekod tanpa kalah dan seri. Kepada pasukan Lemanz All Star, cuba lagi pada masa akan datang. Kepada semua ahli-ahli Class of 94 yang hadir, jutaan terima kasih diucapkan.Diharapkan jumlah ini akan bertambah apabila acara kemuncak diadakan pada tahun 2008 di Kolej Melayu tercinta.

Sekian, wartawan lapangan melaporkan untuk Berita Sukantara 2008.

Notes:

* special thanks to Mtop yang merekodkan semua keputusan perlawanan.
* thanx to NSTP yang menaja makanan tengahhari. (dan menyebabkan aiwa hilang konsentrasi pada perlawanan akhir..)
* to all managers, gud job guys.
* to all players yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi
* ampun dan maaf daripada pihak penganjur jika ada kekurangan.

Klik sini untuk mengetahui Laporan Penuh FutsalTera 2007.

ezam
e139

No comments: