Friday, September 07, 2007

setelah mendapati mattop telah berjaya dibionik-cyborgkan utk tujuan sukantara 2008, dan setelah membuat pengamatan bahawa penukaran-alam itu secara tidak langsung berjaya membawa mattop menjadi top spamar semasa cuti... maka triumvirate rumah idris, yg diketuai oleh cyborg mereka (mattop), telah mengarahkan agar seorang lagi ahli rumah idris dibedah ala bionik-cyborg utk tujuan yang sama.

Tetapi kali ini, mereka telah melakukan pembedahan itu dengan senyap senyap. ahli rumah idris ini telah selamat dibedah buku lalinya supaya dapat dapat menerjah bumi dengan kuat yang akan mengakibatkan lompatan yang amat tinggi serta sprint yang amat laju. perisikan masih lagi di peringkat awal, apa yg baru di dalam buku lali, ataupun teknologi yang dipakai masih belum dikenalpasti. Khabar angin mengatakan ada unsur unsur dan bahan bahan dari planet krypton digunapakai dalam proses tersebut.

Oleh yang demikian, rumah idris telah mempunyai

1) jaguh larian jarah sederhana dan jauh hasil dari lutut bionik
2) jaguh larian jarak dekat hasil dari buku lali bionik
3) jaguh segala jenis lompatan juga dari buku lali bionik
4) 2 ahli belum bionik yg kerap hilang dari ofis petronas bagi tujuan peningkatan upaya dalaman

Sebagai contingency plan andai kata bionik didisqualified dari sebarang pertandingan, rumah lain perlu mengambil berat akan hal ini dan membuat corrective action dengan segera.

Ini bukan tindakan desperado terakhir rumah idris utk mempertahankan piala yg dikatakan tidak layak utk mereka pegang..

sekian laporan lintas langsung

Dr. M

No comments: