Tuesday, November 28, 2006

Kenyataan Balas Kpd Paparazzi Leman


Date: Mon, Nov 27 2006 9:13 am

Salam sejahtera semua,

Sepanjang ketiadaan saya di hujung minggu baru2 ini, saya lihat ada wartawan, termasuk wartawan sukan telah cuba menabur fitnah serta membuat cerita yang tiada asasnya. Saya sungguh kesal dengan apa yang terjadi. Di harap perkara sebegini jgn diulangi lagi.

Sebenarnya, saya selaku ketua rumah Idris 1994, hanya menyaran ahli2 rumah Idris agar lebih aktif dalam acara membalas email bagi menambah kutipan mata rumah. Ini kerana acara sukan yang sebenar masih lagi jauh di hadapan. Sekiranya ada ahli rumah Idris yang melakukan latihan secara tersembunyi dan terserempak dgn wartawan sukan sdr. Hafizbullah, itu adalah diluar bidang kuasa saya.

Sebenarnya, rumah Idris telah pun merangka dan meluluskan Pelan Persedian Atlet Rumah Idris bagi menghadapi Sukan Tara 2008. Dah lama dah.... Pihak pengurusan Rumah Idris telah pun melaksanakan beberapa strategi yang telah digariskan didalam pelan berkenaan dan ia nyata membuahkan hasil. Bagi strategi yang seterusnya, akan dilaksanakan secara berperingkat sehinggalah hari temasya Sukan Tara itu nanti.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan syabas kepada Sdr. Faidzal Haslah kerana telah memulakan latihan bagi memantapkan persedian Sukan Tara 2008. Dan juga kepada sdr. Hazly yang telah berjaya mengutip mata untuk dalam acara berbalas email, TAHNIAH saya ucapkan. Adalah menjadi harapan saya agar beliau teruskan usaha untuk meningkatkan stamina beliau dan juga kepada semua ahli Idris yang lain, jadikanlah mereka sebagai contoh untuk kemajuan kita bersama.

Saya harap, kepada wartawan2 sukan yang sedang menjalankan tugas, lain kali cubalah dapatkan keterangan yang lebih jelas sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar. Saya juga ingin menyatakan bahawa tiada wartawan yang menghubungi saya berkenaan kejadian yang telah berlaku.

Sekian Harap maklum,

"On and Onwards"

Mohamad Nadzrie Azhar

No comments: