1. Berkenaan warkah yang mengandungi perkataan/ayat bahasa asing
- Warkah yang dihantar pada dan selepas tarikh 8 Disember 2006
- Warkah ilmiah daripada luar yang dikehadapankan (ef-dabeliu-di) kepada kumpulan warkah kita adalah dibenarkan
- Bagaimanapun, sebarang ulasan penulis hendaklah mematuhi peraturan MBM
- Denda yang dipersetujui ramai adalah sebanyak 2 markah akan ditolak bagi setiap warkah yang dilaporkan mencabul peraturan MBM
- Tertakluk kepada budibicara juri
- Pantun hendaklah berkualiti dan tepat penggunaan nya
- Maksud pantun dll. itu jelas penyampaiannya
- Pantun sekurang-kurangnya 4 kerat
- Pantun dll. ala-ala majalah ujang adalah dibenarkan tetapi tidak dialu-alukan
- Markah bonus yang dipersetujui ramai adalah sebanyak 5 markah bagi setiap warkah yang dilaporkan dan dinilai oleh juri
Wakil rumah dikehendaki menyertakan salinan asal warkah tersebut. Hanya warkah bertarikh 8 hingga 14 Disember sahaja akan dilayan. Tuntutan berakhir pada 11.59 mlm Jumaat 15 Disember.
Tuntutan akan dinilai oleh Encik Pengantara dengan kerjasama BBM selama mana yang mereka perlu.
5 comments:
BERSATU ! PENGAWAS...
saya ingin mencadangkan acara berbalas pantun antara rumah secara berperingkat yang mana peringkat akhir dilangsungkan pada hari sukantara kelak. bagaimana kata mu?
bersempena sambutan MBM saya pula ingin mengucapkan tahniah yang lambat kepada kumpulan kugiran jemari mentega kerana menghasilkan album melayu yang begitu mengagumkan.
ha ha ha jemari mentega... klasik.
takde point utk rumah, sbb takde sorang pun wat tuntutan...kih kih kih..senang keje aku...
Post a Comment