Wednesday, December 26, 2007

Tolong Kami...

Kpd yg belum isi, confirm/mungkin/confirm tak datang, sila lah isi kat bawah utk memudahkan ajk sukantara membuat tugasan.

Kalu ada yg tau status attendance sapa2 yg takleh nak xs ke blog, tlg la isikan atau bgtau kat ajk.

Yg dah jawap - list

Permintaan lagu & ucapan - list
(ni nak isi byk kali pun bole - satu lagu 2 kupang)

Wednesday, December 19, 2007

ST08 Registration

Sila daftar. Yg payment tu kalu dah bayar tulih bayar berapa kat sapa. Kalu belum bayar, tulih la bila agak2 nak bayar.



Yg ni utk dinner. Kira mcm permintaan lagu la. isi tajuk lagu apa-sapa. Lagu mestilah dari zaman 1990-94 shj.

Thursday, December 06, 2007

PERISYTIHARAN RASMI

Saya, setelah diperkenankan oleh AJK-AJK Reunion yang melantik diri sendiri tanpa persetujuan sesiapa pun, dengan ini mengisytiharkan bahawa Reunion Sukantara bagi tahun 2008 akan jatuh pada hari Sabtu dan Ahad, 2 and 3 Februari 2008 bertempat di Kuala Kangsar dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Bayaran yang telah dipersetujui adalah sebanyak RM170 seorang iaitu RM20 lebih berbanding pengisytiharan dalam tahun 2004 dahulu, bagi mengambil kira perkara-perkara berikut:

- tambahan kemeja T mengikut rumah sukan masing-masing untuk dipakai semasa acara-acara balapan;
- kemeja T untuk dipakai semasa majlis makan malam
- anugerah Khidmat Lama (Long Service Award) kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat tetapi haram pernah diberi apa-apa oleh sesiapa pun (tidak lah kita mahu peristiwa En Tan Gim Hoe berulang kembali iaitu selepas beliau bersara barulah serata alam menangisi dan memuji2 beliau, tetapi itu hanya setakat di dalam e-mail semara-mata)

Jika diambil kira peningkatan inflasi yang terlampau tinggi sejak tahun 2004, bayaran RM170 ini sebenarnya adalah sangat murah dan lebih murah dari bayaran yang dibuat dalam tahun 2004, maka AJK Lantikan Sendiri merasakan mungkin perlukan sebarang bantuan kewangan, terutamanya dari taukeh-taukeh besar yang menjual kapal terbang.

AJK Lantikan Sendiri juga ingin mengisytiharkan bahawa bayaran tambahan kepada pasangan yang dibawa sama ada secara sah atau tidak, tanpa mengira jantina dan umur, adalah sebanyak RM20 seorang bagi makan malam semata-mata. AJK Lantikan sendiri juga bersetuju bahawa ketetapan 4 orang isteri yang sah tidak perlu digunapakai kali ini, makan bolehlah saudara-saudara membawa seberapa banyak pasangan asalkan mereka tidak lah seburuk mana. Urusan penginapan bagi pasangan bolehlah diuruskan dengan Saudara M Nadzrie Azhar Sang Maharaja Boroi Kaki Penyanyi Malam (MNASMBKPM).

Oleh kerana kita tidak perlu melihat bulan, maka sahlah tarikh Reunion Sukantara bagi tahun 2008 akan jatuh pada 2 dan 3 Februari 2008, maka Saudara Hafiznizam Hasin akan mula mengejar saudara-saudara untuk mendapat kepastian kehadiran.

Sekian, wassalamualaikum wbth

Kind regards.

TMP

Saturday, December 01, 2007

November Points : Spammerz Unlimited VS Anti-Spammerz


Spammerz Yengko tetap menyerang mailbox koleq9094@googlegroups.com seperti bulan-bulan yang sudah, macam biasa la Tuan Mod pasti merombak CAR Rulez untuk membendung sikap bongkak para spammerz.

Apabila geng anti-spammerz dan geng spammerz yengko mula mencabar sesama sendiri, maka timbul satu target atau KPI of the Month di mana spammerz kena membuktikan taraf yengko mereka. KPI email hits untuk November 2007 ini ialah 6000 emails. Kalau tak capai gak, maknanya spammerz yengko boleh dilabel sebagai spammerz jamban.

Dengan diketuai oleh shashamarba, chamat dan mpro (spammer kembali beraksi), KPI 6000 email memang begitu mudah dicapai sebelum habis bulan November melabuh tirainya. Jumlah email yang berbondong-bondong masuk untuk bulan ini ialah 6520 emailz.

CARA PENGIRAAN MARKAH: SPAMMERZ FRIENDLY CALCULATION

Untuk November'07 ni, pelbagai variasi pengiraan point utk Spammer of The Month (November) telah dicipta.


Tuan Mod nak kira camni :-

so point kira spammerz rulez la.
kalu ikut terma aku aritu, point utk podium je.

1st (top spammer) - 10 points + ahli rumah dlm 4th - 10th
2nd - 8 point + ahli rumah dlm 4th - 10th
3rd - 6 point + ahli rumah dlm 4th - 10th
bocap = 10 + 3
mpro = 8 + 2
nik = 6+ 3
chamat
Khalid
kno
mtop
idzam
nik <---kah kah kah... bijak..bijak...
epit


Dr Moto pulak cadangkan pengiraan yang menggunakan kaedah statistik:

                       higher     lower     disqualified
1215 bocap          1          0          TRUE
666 mpro            0          0          FALSE
551 chamat        0          0          FALSE
541 Khalid         0          0          FALSE
525 nik              0          0          FALSE
418 kno              0         0          FALSE
330 mtop           0          0          FALSE
283 idzam         0          0          FALSE
255 nik              0          0          FALSE
233 epit            0          0          FALSE

SUM 5017
MEAN 501.7
STDEV 290.1505548
MAX 791.8505548
MIN 211.5494452

oleh yang demikian, bochap diskualified sbb email dia melampaui batasan .. yg lain lain qualified .. so mpro dapat markah tertinggi .. diikuti dengan yang lain lain ..
yang diskualified kena tolak markah

kalau nak lagi susah ..
sapa yang paling hampir dengan average paling tinggi markah .. diikuti dengan yg kedua terhampir dan yg mana lebih atau kurang dari max, min, kena tolak markah ..

seperti ini

                        higher      lower     disqualified    distance dr mean     ranking 

525 nik             0               0              FALSE               23.3                           1
541 Khalid       0               0               FALSE               39.3                           2
551 chamat     0               0               FALSE               49.3                           3
418 kno           0               0               FALSE              83.7                            4
666 mpro        0              0               FALSE              164.3                            5
330 mtop        0               0               FALSE              171.7                            6
283 idzam     0               0               FALSE              218.7                            7
255 nik          0               0               FALSE              246.7                            8
233 epit         0               0               FALSE               268.7                            9
1215 bocap   1               0               TRUE              713.3                            DC


Namun, ramai telah merungut dan membuat beberapa bantahan keras.

Sekali lagi tuan mod terpaksa menjadi orang tengah dalam petelagahan ini dan seraya mencadangkan :

setelah meneliti hujah2 tuan2 sekalian, berikut adalah reply saya;

carey award race atau c.a.r nama manjanya telah bermula semenjak oktober 2006. setahun berlalu, kita sama2 telah melihat evolusi naik turun jumlah email, kualiti email. sebagai ajk internet sukerele yg passionate, adalah menjadi tugasan utama kami utk mengekal persaudaraan unitefek dgn menyediakan pelbagai channel dan aktiviti bagi tujuan itu.

kebelakangan ini terdapat beberapa siri perubahan sistem point. ingin ditegaskan, perubahan sistem point hanyalah untuk memberi cabaran kepada para pelumba yg sudah semakin tera dan angkuh.

di satu pihak berkata email semakin berserabut dan tidak berkualiti. hal ini telah dijelaskan setahun yg lalu.

http://9094-announcements.blogspot.com/2006/11/tragedi-oktober.html

di satu pihak yg lain pula berkata common room cyber ini telah menjadi semakin borink dek kekangan oleh moderator. skali lagi diulangi ini hanyalah beberapa speed bump utk gp2 terakhir c.a.r ini. terdapat lg 3 gp yg belum lg ditetapkan rules nyer. harap bersabar.

the situation is critical....hahaha

JADI inilah terma aku untuk GP November - "spammer unlimited vs antispammer"

sistem point november akan ditentukan pada pengakhiran GP November. sistem point skarang dikekalkan KECUALI

jika pada akhir GP NOVEMBER, jumlah email utk november shj melebihi 6000 (slightly above CGPA) maka sistem point akan memihak kepada spammer unlimited. oleh itu pihak antipspammer boleh memboikot email supaya spammer2 lebam jemari nak cecah 6000.

JADI bila jumlah melebihi 6000, maka point system akan menjadi milik spammer seperti mana berikut, (sediakan kalkulator)

1st (top spammer) - 10 points + ahli rumah dlm 4th - 10th
2nd - 8 point + ahli rumah dlm 4th - 10th
3rd - 6 point + ahli rumah dlm 4th - 10th

sistem point yg berkonsepkan spammer friendly ini memerlukan semangat unite yg utuh di kalangan ahli rumah.

contoh kiraan rujukan ranking terkini


46 bocap - 10+1
43 kno - 8+1
38 chamat - 6+1
15 mtop
13 aiwa
12 chibiok
11 Khalid
11 awi
10 fadli
8 syam

point utk 4th-10th hanyalah bilamana terdapat wakil rumah berada di podium 1st-3rd. jika dilihat dgn teliti, jika broadaiwa berjaya ke 3rd, maka markah ahmad adalah 6+3, menyamai kedudukan kno walaupun berada di tangga ke-3 kerana terdapat 3 org ahmah di dalam senarai 4th-10th. ini bermaqna bukan 1-2 pelumba je perlu passionate, malah kesekalian ahli rumah yg lain juga perlu berada dlm top 10 utk memberi kejayaan pada pelumba harapan mereka.


maka aku sebagai tukang catat markah CAR telah merumuskan permarkahan yang adil & saksama seperti berikut :-

Spammerz' Position of the Month
1. 1238 bocap (1) : 13 points (10+3): MS
2. 710 mpro (N) : 11 points (9+2) : I
3. 596 khalid (10) : 9 (8+1) point : S
4. 587 chamat (8) : 7 points : I
5. 557 nik (N) : 6 points : MS
6. 424 kno (6) : 5 points : MS
7. 341 mtop (3) : 4 points : I
8. 290 idzam (5) : 3 points : MS
9. 255 nik : 2 points : MS
10. 239 epit (N) : 1 point

Carey Award : Top Spammer
1. 6097 bocap
2. 5528 chamat
3. 5355 kno
4. 3509 mpro
5. 3501 nik
6. 3463 idzam
7. 3090 epit
8. 2740 fadli
9. 2710 mtop
10. 2628 rough


TOTAL NOVEMBER POINTS


29 points


22 points


0 point


10 point

Sunday, November 25, 2007

SukanTara2008 - the Survey

Kepada yg nak datang sukantara 2008, most probably hari wilayah 2008 di Kaykay. 1-3 feb 08. mintak tlg isi survey nih kat sinih ----> SURVEY

event ptg sabtu. mlm tu ada dinner ngan cikgu2 vintage.

...make 'sure' isi.... jadi ?

Sunday, November 18, 2007

October Points



Hasil daripada rulez baru untuk GP October ni, suasana di koleq9094@googlegroups.com masih agak lengang dengan email2 yang penting sahaja yang masuk. Semua beremel seminimum mungkin. Berikut adalah sedutan beberapa email yang menyatakan komen dan ketidakpuashatian terhadap kekangan ini:-

'aku rasa moderator sukarelawi kita memang berniat mala fide untuk menyulitkan hidup kita.. ' - bocap

'saya membangkang sekeras-kerasnya sebarang pertukaran format sekarang kepada yang menyerupai format asal. say no to spammers! mari basmi email kurang bermutu/1 liners/sembang kosong/tiada nilai ilmu!' - AJKAntiSpammersTegarAKArifdi

'rindu lar ngan 9000 emails season tu kan. hahahahhhahha' - kNizam

'Bermula peraturan pertandingan yang semakin diputarbelitkan oleh tuan-tuan moderator kita, sambutan kepada perutusan berterusan emel menjadi begitu hambar sekali, merudum dengan mendadak. Nik ex Van Breda pun kelihatan lesu, tidak seperti bulan-bulan sebelumnya.. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar peraturan pertandingan dapat dilihat dan dikaji semula agar kehangatan pertandingan kembali dirasakan. Tambahan pula, tarikh keramat Temasya Sukantera hanyalah sekadar di hujung sudut. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan-tuan yang mulia.' - hj bcp

'saya rasa pertandingan sebegini amatlah tidak adil dan amat tidak wajar, memandangkan seringkali berlaku pertukaran syarat pertandingan. Pertukaran syarat yang terlalu kerap, amatlah menjejaskan mutu pertandingan.. Sekian' - E24


Spammerz' Position of the Month
1. 382 bocap (10) : -4 points (MS)
2. 322 epit (3) : -2 points (S)
3. 214 mtop (9) : 1 point (I)
4. 192 rough (N) : 2 points (S)
5. 180 idzam : DISCO
6. 173 kno : DISCO
7. 162 awi : DISCO
8. 162 chamat : DISCO
9. 150 chibiok : DISCO
10. 134 khalid : DISCO

Setelah pra-keputusan dikeluarkan, ada gak komen2 :

'ni apa punya pertandingan cenggini...antor emel bagai nak gila.. belakang, mtop ngan ruff jek yang dapat merkah.. itu pun 1 ngan 2 jek' - bocap

'aku tak paham, tapi aku setuju point rumah kuning kena potong... hahahaha' - mtop

'BOleh tahan jugak aku bulan nie' - chibik

'dia bising tu sbb dia malu terbagi email trime kasih berlagak sebagai champien ke3 berturut2 kononnya. padahal tak baca rules. bulan sblm tu boleh pulak dia follow rules maintain no 10. amci...amci...' - tuan mod

'bocap, aku cadangkan kau tinggal arena berspamming ini seketika sebagai tanda protes. begitu juga aku sarankan pada nik, mattop, camat dan other notorious spammers.' - syed khalid


Carey Award : Top Spammer
1. 5155 nik (2944 nik (nik@koleq94.com) + 2211 nik (zamiri.abrahim@gmail.com))
2. 4941 chamat
3. 4931 kno
4. 4859 bocap
5. 3173 idzam
6. 2851 epit
7. 2799 mpro
8. 2683 fadli
9. 2534 rough
10. 2369 mtop


TOTAL OKTOBER POINTS


-4 points


1 points


0 point


0 point

Thursday, October 18, 2007

September Points



Carey Award Race bulan ini merupakan cabaran terbesar buat semua spammer kerana permarkahan untuk September ini telah ditonggang-terbalikkan dimana posisi yang menjadi buruan adalah No. 10. Ia adalah satu perubahan besar dalam CAR Rulez (bukan MOB rulez) yang ditetapkan secara diktator oleh FYe, La Federation Interhouse de' Email (mcm real je) untuk mengurangkan tekanan & kebanjiran email di dalam koleq9094@googlegroups.com. Ternyata serangan email pada bulan September ini telah mengalami kemorosotan sebanyak 74% berbanding bulan Ogos. Sila rujuk carta serangan email di bawah :



Tactical Spammer of The Month
1. 141 khalid (N) : -4 points (S)
2. 118 nik (3) : -2 points (MS)
3. 97 epit (N) : 1 point (S)
4. 90 syed moto (N) : 2 points (S)
5. 82 pyan (N) : 3 points (I)
6. 75 chamat (5) : 4 points (I)
7. 68 kno (4) : 5 points (MS)
8. 67 awi (10) : 6 points (MS)
9. 59 mtop (2) : 8 points (I)
10. 58 bocap (1) : 10 points (MS) <- DOUBLE TROUBLE (2 BULAN BERTURUT2)

(X) = last month position / N (New Entry)


Carey Award Nominees
1. 5115 nik (2905 nik (nik@koleq94.com) + 2210 nik (zamiri.abrahim@gmail.com )
2. 4779 chamat
3. 4758 kno
4. 4477 bocap
5. 2993 idzam
6. 2761 mpro
7. 2577 fadli
8. 2529 epit
9. 2342 rough
10. 2191 mtop

*Pemenang Carey Award bakal memenangi satu hadiah misteri dan kena berdiri kat stage sepanjang Majlis Sukantera berlangsung.

TOTAL SEPTEMBER POINTS


19 points


15 points


0 points


-1 points




*GP Oktober ni lagi menyusahkan aku nak kira markah. Sila rujuk sini untuk cara permarkahan.

*Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf ZB.

Monday, October 08, 2007

MESYUARAT SUKANTERA 2008 BIL 1/2007

dear all,

sidang sukantera 2008 (lantikan sendiri sessi seumur hidup) telah ambil kesempatan bersidang pada malam PESTA SAHUR tempoh hari.

dapatan mesyuarat adalah seperti berikut :

1. Ruff dah tulih surat kepada koleq minta kebenaran buat sukantera pada 1-3 februari 2008 [makluman]

2. acara besar adalah sukantera, dinner, penyampaian hadiah long service award kepada guru2 [tindakan ajk]

3. semua acara akan diadakan di kuala kangsar sahaja.

4. penginapan adalah di safari resort, tepi sungai kk. [tindakan ajk penginapan - mpro]

5. digalakkkan sangat-sangat untuk bawa anak & isteri.

6. acara spesifik sukan akan dirancang oleh ajk sukan. [ tindakan ajk sukan - mtop]

7. itinerary kasar : jumaat malam/pagi sabtu bertolak drp tempat mastautin (KL, Tganu, melaka, Sarawak, london, Green Haven, Holland); petang sabtu- acara sukan di padang big school; sabtu malam - dinner & acara long service award; ahad pagi - silent hours; ahad tengahari - kembali ke alam nyata.

senarai AJK LANTIKAN SENDIRI

pengurus besar - TMP
ajk penginapan - mpro
ajk sukan - mtop
ajk penyertaan & publisiti - aku
ajk internet - awie
ajk hadiah - ezam

ada beberapa lagi portfolio yang akan muncul. tunggu sehingga anda dinamakan.

Tuesday, September 18, 2007

C.A.R Rules Blues

Sila vote sebelah kanan --> Utk tukar rules GP Oktopussy

Skarang ni, GP September poin(T)ing adalah spt berikut:
  1. (top spammer) = tolak 4 point
  2. = tolak 2 point
  3. +1
  4. +2
  5. +3
  6. +4
  7. +5
  8. +6
  9. +8
  10. +10 point. Pelumba CGT
Ianya telah dipersetujui secara rambang di atas dasar utk memberi cabaran baru perlumbaan. Berikut adalah sedutan sambutan rules ini ala2 blakang cover dvd pirate.

i lap u ... - doc moto

aku suka taktik baru ni - chamat

aku setuju... baru laa menarik sket bila ada unsur2 strategi.. yg skarang nih cam hampeh jer.. belasah 24/7.. bukan sumer orang overhaul lutut tiap2 bulan.. - rifdi

waaaa caya lah. sepatutnya aku raja disco ada can besar laaa next month.... selalu dpt no 9 je selama ni. caya lah awie (aku berkobar2 skrng) - nonikan strong

Bagaimanapun, setelah lebih 2 minggu berlalu, kebanyakkan pelumba sgt akur dgn rules dan mengekalkan kedudukan dgn tidak menghantar email.

i think this new tactic point-reward strategy sux - chamat (ketika berada di tangga ke-2)

ni semua salah mattop - epit

hahahahha boring la kak, sket giler emailnyer, x happenin lar - knoringan

Dalam usaha mengekalkan kemeriahan C.A.R pada tahap optimum, berikut adalah cadangan bagi GP Oktober

Point hanya dikira dlm jarak separuh je dari email dari top spammer.

cth kedudukan skarang
101 nik
81 Khalid
64 chamat
56 kno
54 pyan
52 syed moto
44 Ezrin
41 idzam
40 mtop
38 awi

separuh email nik = 50, bermaqna, position dari moto sampai nik je dapat/tolak point

so....
101 nik -4
81 Khalid -2
64 chamat 1
56 kno 2
54 pyan 3
52 syed moto 4
44 Ezrin disco
41 idzam disco
40 mtop disco
38 awi disco

jadinya kalu top spammer tu tensen dia kena tolak 4, dan melihat kedudukan musuh byk di tangga bawah (point tinggi), dia pun akan pecut lg supaya rumah tu dapat sikit je point. jadi sedikit manipulasi oleh top spammer at the cost of 4 points. yg di tangga bawah pula takleh la duk statik je sbb kena lah maintain separuh email dari top spammer. top spammer pun tak bley nak pecut sesuka ati sbb akan jadi makin payah, sbb by 200 email top spammer, racer lain boleh dpt point pada 100 email je.

rujuk balik ranking atas, ms -2, leman 2, deris 4 ahmah teloq

kalu nik tambah lg email dia sampai 112, so point kira sampai kno je , 112/2=56

so point GP akan jadi ms -2, leman -2, deris 1. margin tu makin kecik la.

Sila vote sebelah kanan --> Utk tukar rules GP Oktopussy

Monday, September 10, 2007

August Points

Top Spammer of the Month : August 2007

1.   1126 bocap (4) - 10 points (MS)
2.   707 mtop (1) - 9 points  (I)
3.   587 nik (2) - 8 points (MS)
4.   456 kno (5) - 7 points (MS)
5.   312 chamat (N) - 6 points (I)
6.   206 radin (10) - 5 points (S)
7.   189 rifdi (7) - 4 points (A)
8.   181 fadli (N) - 3 points (A)  
9    158 idzam (N) - 2 points (MS)
10   155 awi (N) - 1 points (MS)

(X) = last month position / N (New Entry)
*Next month we are going to have a new format for spamming points calculation.


All Time Top Spammer (Carey Award Nominees)

1. 5105 nik (MS) (2910 nik (nik@koleq94.com) + 2195 nik (zamiri.abrahim@gmail.com )
2. 4726 chamat (I)
3. 4696 kno (MS)
4. 4476 bocap (MS)
5. 2948 idzam (MS)
6. 2751 mpro (I)
7. 2544 fadli (A)
8. 2441 epit (S)
9. 2327 rough (S)

TOTAL AUGUST POINTS


28 points


5 points


15 points


7 points

Friday, September 07, 2007

setelah mendapati mattop telah berjaya dibionik-cyborgkan utk tujuan sukantara 2008, dan setelah membuat pengamatan bahawa penukaran-alam itu secara tidak langsung berjaya membawa mattop menjadi top spamar semasa cuti... maka triumvirate rumah idris, yg diketuai oleh cyborg mereka (mattop), telah mengarahkan agar seorang lagi ahli rumah idris dibedah ala bionik-cyborg utk tujuan yang sama.

Tetapi kali ini, mereka telah melakukan pembedahan itu dengan senyap senyap. ahli rumah idris ini telah selamat dibedah buku lalinya supaya dapat dapat menerjah bumi dengan kuat yang akan mengakibatkan lompatan yang amat tinggi serta sprint yang amat laju. perisikan masih lagi di peringkat awal, apa yg baru di dalam buku lali, ataupun teknologi yang dipakai masih belum dikenalpasti. Khabar angin mengatakan ada unsur unsur dan bahan bahan dari planet krypton digunapakai dalam proses tersebut.

Oleh yang demikian, rumah idris telah mempunyai

1) jaguh larian jarah sederhana dan jauh hasil dari lutut bionik
2) jaguh larian jarak dekat hasil dari buku lali bionik
3) jaguh segala jenis lompatan juga dari buku lali bionik
4) 2 ahli belum bionik yg kerap hilang dari ofis petronas bagi tujuan peningkatan upaya dalaman

Sebagai contingency plan andai kata bionik didisqualified dari sebarang pertandingan, rumah lain perlu mengambil berat akan hal ini dan membuat corrective action dengan segera.

Ini bukan tindakan desperado terakhir rumah idris utk mempertahankan piala yg dikatakan tidak layak utk mereka pegang..

sekian laporan lintas langsung

Dr. M

Wednesday, August 29, 2007

Report On FutsalTera 2007



Salam,

Petaling Jaya, Ahad, 26 Ogos 2007 - Bertempat di Futsal Sports Centre, Petaling Jaya, Kejohanan FutsalTERA 2007 telah diadakan sempena Sukantara 2008. Kejohanan Futsal Tertutup antara Rumah ini adalah julung-julung kalinya diadakan.

Sambutan yang diberikan cukup meriah walaupun notis yang diberikan agak lambat. Para pemain serta pengurus telah sampai seawal 8.30 pagi walaupun Gelanggang hanya dibuka pada pukul 9.00 pagi. Pemain-pemain datang dari segenap penjuru termasuklah Ipoh dan Melaka. Syabas.

Sementara menunggu tempat tersebut dibuka, segelintir pemain dan pengurus bergegas ke Seksyen 14 untuk sarapan pagi dimana kebanyakan pemain telah memesan air limau suam. Cubaan untuk mensabotaj pemain2 dari rumah lain dgn cubaan memesan nasi goreng ayam serta tomyam dapat dipatahkan. Kalau tak salah sarapan telah ditaja oleh TNB Officer. Cubaan membawa pemain2 junior (9296) oleh pasukan I***s juga berjaya dipatahkan.

Setelah undian dijalankan, rumah Ahmad dan Mohd Shah adalah pasukan yang memulakan perjuangan. Keputusan secara terperinci ada disertakan bersama email ini. Sila buka attachment anda. Kejutan pertama berlaku apabila Sulaiman tewas ditangan Idris walaupun telah mendahului seawal minit ke-2. Foo, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak iaitu 8 gol, diikuti dgn Balat, 6 dan Pica, 5 gol. Tahap kecergasan yang ditunjukkan oleh pemain 30an pada hari tersebut sangat memberangsangkan. Kita mungkin akan dapat melihat pertandingan yang lebih hebat pada acara olahraga nanti.

Secara keseluruhan, kejohanan ini diannggap berjaya berdasarkan penyertaan ahli-ahli Class of 94 yang sanggup turun demi menyokong serta berjuang demi rumah tercinta. Tahniah diucapkan kepada pasukan Ahmad kerana menjuarai Kejohanan ini dengan rekod tanpa kalah dan seri. Kepada pasukan Lemanz All Star, cuba lagi pada masa akan datang. Kepada semua ahli-ahli Class of 94 yang hadir, jutaan terima kasih diucapkan.Diharapkan jumlah ini akan bertambah apabila acara kemuncak diadakan pada tahun 2008 di Kolej Melayu tercinta.

Sekian, wartawan lapangan melaporkan untuk Berita Sukantara 2008.

Notes:

* special thanks to Mtop yang merekodkan semua keputusan perlawanan.
* thanx to NSTP yang menaja makanan tengahhari. (dan menyebabkan aiwa hilang konsentrasi pada perlawanan akhir..)
* to all managers, gud job guys.
* to all players yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi
* ampun dan maaf daripada pihak penganjur jika ada kekurangan.

Klik sini untuk mengetahui Laporan Penuh FutsalTera 2007.

ezam
e139

Tuesday, August 14, 2007

UPDATE GOFTERA CLASS OF 94

ATTENTION !!!

Organizer dah ubah date untuk GolfTera kepada Isnin, 10 September 2007 di Staffield, Mantin, Negeri Sembilan.

AJK akan collect RM100 dulu untuk baut preparation and booking. kalau tak cukup, nanti mintak lagi. should be cukup.

rate : RM58 (green fees, buggy, insurance) - provided tee off before 9.30.

yang dah confirm based on previous date :

1.kadaq
2.kandaq
3.epit
4.ayien
5.fadhil
6.pokpeq
7.mpro
8.wawa

so ada sesapa lain nak join? come on...

Next announcement.

after much deliberation, GolfTera Class of 94 will be held as follows :

1. will be held as series - probably 5 games; then players boleh pilih the best 3 games untuk tujuan pengiraan
2. akan diadakan di course2 yg berlainan.
3. fadhil akan sponsor challenge cup

lagi update akan diumumkan kemudian.

feedbacks/inputs appreciated.

Friday, August 10, 2007

July Points




Top Spammer of the Month : July 2007

1. 1157 mtop (N) - 10 points (I)
2. 649 nik (1) - 9 points (MS)
3. 515 Khalid (3) - 8 points (S)
4. 335 bocap (2) - 7 points (MS)
5. 302 kno (7) - 6 points (MS)
6. 261 idzam (8) - 5 points (MS)
7. 214 rifdi (N) - 4 points (A)
8. 195 epit (6) - 3 points (S)
9. 187 syed moto (N) - 2 points (S)
10. 149 radin (5) - 1 point (S)

(X) = last month position / N (New Entry)



All Time Top Spammer (Carey Award Nominees)

1. 4431 nik (MS) (2221 nik (nik@koleq94.com) + 2210 nik (zamiri.abrahim@gmail.com )
2. 4401 chamat (I)
3. 4243 kno (MS)
4. 3352 bocap (MS)
5. 2789 idzam (MS)
6. 2751 mpro (I)
7. 2363 fadli (A)
8. 2285 epit (S)
9. 2205 rough (S)

TOTAL JULY POINTS


27 points


14 points


10 points


4 points

Friday, August 03, 2007

Salam to All...Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, FUTSAL merupakan salah satu acara sukanuntuk mengutip mata dalam SUKANTERA 2008 .Maka cadangan untuk FUTSALTeRA 2007 adalah seperti berikut:

Date : 26 August 2007, Sunday
Time : 9.00 am - 1.00 pm
Venue : Futsal Sports Centre, Petaling Jaya

PenyertaanSetiap rumah diwajibkan menghantar satu pasukan yang dianggotai oleh 6 orang (Minimum) dan tiada maximum.

Sila lantik pengurus serta kapten pasukan anda.Sila serahkan nama anda kepada : ezam / epit / aiwa.

Kepada yang tidak mahu bermain, marilah sama-sama turun untuk menyokong serta memeriahkan acara sempena semangat kesukanan yang tinggi... (dapat point untuk rumah anda).

Peraturan serta Format Pertandingan
1. Round Robin - semua pasukan akan bermain 3 kali dalam peringkat kumpulan - 21 minit setiap perlawanan (10-1-10)2.
2. pasukan teratas akan bermain di Final, 2 pasukan terbawah akan merebut tempat ke 3 dan 4

3. Sebarang penentuan akan ditentukan melalui sepakan penalti

** format masih terbuka untuk perbincangan

Pemberian Markah

Cadangan:

1. Johan - 100 mata, Naib Johan - 75 mata, Ketiga - 50 mata dan Ke-4 - 25 mata
2. Markah juga akan diberikan berdasarkan penyertaan ahli-ahli rumah serta ahli2 rumah yang hadir eg. 1 orang - 2 mata

Bayaran Penyertaan :RM10 deposit setiap pemain

* sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50''

ezam 9313994
AJK SUKANTERA 2008

Thursday, July 26, 2007

GOLFTERA 2007

Dear All,

Tentative date & place : September 6, 2007 at Bangi Golf Resort.

Appreciate reply from those interested.

Sunday, July 01, 2007

June Points



Top Spammer Of The Month : June 2007

  1. 708 nik (1) - 10 points
  2. 663 bocap (2) - 9 points
  3. 613 Khalid (7) - 8 points
  4. 517 chamat (8) - 7 points
  5. 378 radin (4) - 6 points
  6. 334 epit (N) - 5 points
  7. 328 kno (10) - 4 points
  8. 313 idzam (3) - 3 points
  9. 232 syed moto (N) - 2 points
  10. 216 Ikram (N) - 1 point


(X) = last month position, N = new entry




All Time Top Spammer (Carey Award Nominees)


  1. 4316 chamat
  2. 3939 kno
  3. 3017 bocap
  4. 2746 mpro
  5. 2528 idzam
  6. 2324 fadli
  7. 2210 nik
  8. 2109 rough
  9. 2087 epit
  10. 1618 mtop



TOTAL JUNE POINTS


26 points


21 points


8 points


0 point

Friday, June 22, 2007

RUMAH IDRIS MENJANGKAU SETAPAK LAGI

Atas dasar kiasu dan untuk persediaan menghadapi cabaran sukantara 2008 seorang ahli rumah idris telah mengambil keputusan drastik untuk membelah lutut beliau bagi menggantikan beberapa urat yang telah condemned. Langkah drastik ini diambil kerana ahli-ahli rumah idris kini berasa bimbang kerana pakar larian jarak jauh dan sederhana mereka, sdr chamat kini mungkin akan diharamkan drp menyertai acara cross country kerana kemampuan larian luar biasa beliau.

Ketika ditanya kenapa beliau sanggup mengambil risiko ini, Mattop dengan berat hati sambil menyeka genangan air mata beliau menjawab "kalau nak harapkan kapten, hmmmmmm entah lah"....

Kepada rumah Idris, semoga berjaya!!!!!


Mattop sedang dibedah Selepas pembedahan Urat-urat yang diganti

Thursday, June 14, 2007

CADANGAN ACARA SUKAN TARA

MASANYA SUDAH TIBAAAA...

Berikut merupakan cadangan acara sukan tara yang akan diadakan :

Di Kuala Lumpur1.bowling (telah dilaksanakan);
2.golf
3.futsal
Di Koleq
1. 100 m
2. 200 m
3. 400 m
4. 8x100 m
5. cross country (permintaan ada tapi pelaksanaan bergantung kepada penyertaan)
6. Tarik tali
7. shot put
8. high jump
9. long jump
10. friendly bola
11. friendly hoki
12. friendly ragbi

dan tidak dlupakan -------- THE AMAZING E-MAIL RACE !!!!!!

ada cadangan lain?

Sunday, June 03, 2007

May Points














..... aku lupa & konpius, khalid rumah apa ? ms ka?





  • Points from Carey Award Race
  1. 467 nik (4) - 10
  2. 412 bocap (3) - 8
  3. 227 idzam (8) - 6
  4. 135 radin (1) - 5
  5. 123 chibiok (N) - 4
  6. 96 rifdi (10) - 3
  7. 90 Khalid (N) - 2
  8. 76 chamat (2) - 1
  9. 73 rough (N) - dc
  10. 67 kno (9) - dc

(X) = last month position, N = new entry
*nik punye k94.com email
  • Carey Award Nominees
  1. chamat 3799
  2. kno 3611
  3. mpro 2697


TOTAL MAY POINTS

24

7

7

1

Friday, May 04, 2007

Speret Kadax Speret

Quote dari komen kat blog;
"semua tak berapa active apasalahnya fadli jadi captain since dia yg agak active sementara mengrecruit bro2 yg lain.

ahmad house key player:-
toy, syam, che mat, bobo, aleng, aiwa, fitori, kandak, kadax, tuan haji yong peng, balat, foo, chibix, jita, badut dan ramai yg berpotensi.
walaupun semua org dah agak 'roi' dan augmented, aku yakin rumah ahmad dpt memeberikan saingan hebat dan mampu memggondol kejuaraan."
Walaupun komen tersebut agak terlalu optimistik (haha), hasil dari temubual bersama enche kadax di sesi latihan golf beliau, nampak ada sinar harapan (jauh). Beliau juga yaqin untuk memberi saingan sengit pada pertandingan golf nanti (entah bila) yg mana pasti diwakili beliau sendiri.

Kadax berharap sidang rumah ahmad dapat melantik pemangku kapitan utk membimbing rumah ahmad ke gondolan kejuaraan sementara menunggu kepulangan black warrior dari negeri amerika.

Selaku pemerhati yg menyibuk, aku cadangkan aiwa/chibix/kadax sebagai pemangku pakis.

April Points

  • Points from Carey Award Race
1. 563 radin (3) - 10
2. 559 chamat (6) - 8
3. 376 bochap (5) - 6
4. 365 nik (8) - 5
5. 323 nik* (N) - 4
6. 233 pyan (N) - 3
7. 226 fadli (N) - 2
8. 213 idzam (4) - 1
9. 211 kno (1) - disco
10. 128 rifdi (N) - disco

(X) = last month position, N = new entry
*nik punye k94.com email
  • Carey Award Nominees
  1. chamat 3723
  2. kno 3544
  3. mpro 2640
  • Point dari event bowling
  1. IDRIS - 61
  2. MOHD SHAH - 57
  3. SULAIMAN - 38
  4. AHMAD - 23

TOTAL APRIL POINTS

73

72

48

25

Saturday, April 14, 2007

Berita SukanTara : Acara Bowling


IDRIS MENJUARAI KEJOHANAN BOWLING SUKANTARA


Berikut adalah keputusan rasmi Acara Bowling yang telah diadakan di Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid pada Sabtu, 7 April 2007 :



61 markah




57 markah




38 markah




23 markah



Penjatuh Pin Yang Terulung:


1. La'ba (I) : 190 pin
2. Poqpeq (I) : 178 pin
3. Idzam (MS) : 156 pin
4. Butcher (MS) : 147 pin
5. Champ (S) : 146 pin
6. Fadhil (MS) : 146 pin


Penyumbang Mata kepada Rumah:
1. Poq Peq (I) - 25 pts (15 + 10)
2. La'ba (I) - 20 pts
3. Idzam (MS) - 20pts (10 + 10)
4. Wawa (S) - 10pts
5. Butcher (MS) - 7pts
6. Ruff (S) - 7pts
7. Allen (MS) - 7pts
8. Jita (A) - 7pts
9. Champ (S) - 5pts
10. Mpro (I) - 4pts
11. Chibix (A) - 4pts
12. Ein (S) - 4pts
13. Fadhil (MS) - 2pts



Kumpulan Tertinggi dalam Penjatuhan Pin
1 WAHI : 384 pin :Wawa (S), Idzam (MS), Poq Peq(I)
2 The GUAVAS : 359.5 pin : Ruff(S), Allen (MS), Jita(A)
3 Team 7 : 358 pin : Mpro(I), Ein(S), Chibix(A)

Pemain Yang Hadir (32 orang) :
La'ba,Poq Peq, Idzam, Champ, Mpro, Butcher, Joe, Fadhil, Capoe, Masrul, Jita, Chibix, Hairul, Wong, Samsuri, Allen, Ruff, Ikram, Syed Asrul, Atfie, Rifdy, Kno, Aiwa, Radin, Epit, Ein, Wawa, Syam, Buncit, Fadli, Hazerk dan Hairul's wife.

Pemain Yang Gagal Hadir (5 orang):
Sharap, Ayien, Tank, Jijan dan Ayol



Album Gambar : Acara Bowling

Thanx to KNO for these photos. For more photos, visit his album at http://www.flickr.com/photos/knizam94.

Fakta Menarik Mengenai Acara Bowling Ini:
1) Game supposed start 9.00am, tapi hampir separuh belum datang lagi. Oleh kerana semua nama players dah register dalam lane, yang datang awal tu kena throw untuk housemate nya yang belum datang. Memang cross lane gila babi, lane jauh lak tu. Ada yang mengadu tangan dah sakit during the first game.
2) First game agaklah bercelaru dan mengundang ketidakpuashatian ke atas points mereka. Ada yang dapat strike, tapi points dari strike tersebut dapat kat orang lain pasal balingkan untuk housemate yang lambat datang tu.
3) Habis first game, Mtop (Event Manager) announced, 'FIRST GAME TAK DIKIRA DALAM POINTS, TOTAL SCORE HANYA DARI SECOND & THIRD GAME SAHAJA'.
4) Aksi balingan lebih menarik dalam game kedua dan ketiga.
5) Mtop telah membuat balingan yang sangat foul- cross gutter. Bola bowling bounce dari longkang kanan ke longkang kiri. Situasi agak gamat.
6) Ramai jugak terror main bowling, ada yang datang bawak bag tarik macam bag pilot. cuma dalam bag tu ada bola bowling dan kasut bowling la.
7) Ada juga si isteri join(T) sekali dalam acara bowling ni tapi tidak menyumbang mata rumah suaminya.
8) Ada satu lane tu lambat sangat habis. Orang lain dah siap bergambar-gambar, lane mereka masih lagi membuat balingan. Rupa2nya, mereka banyak membuang masa dengan memberi lebih tumpuan sambil menjamu mata mereka pada lane sebelah.

Terima kasih kepada penaja hadiah



Sekian, terima kasih.
MAJULAH SUKANTARA UNTUK NEGARA...