Wednesday, February 28, 2007

To (T) or not to (T)

Rujuk Observation 2 di koleq9094.blogspot.com
Fadli, the self-appointed tea boy who drummed up so much publicity about his going to the tournament; failed to turn up.

I had late supper with him to catch up on the night before until 2 am, and he went on and on about what he would wear, what he would serve etc. throughout. He even went to demonstrate to Wawa (Class of 97) and wife Ta and Canoe; all were also present – how exactly he would pour the tea, just to show his so-called expertise in the small niche area; drawing from his experience serving tea after each rugby game in Scotland (nope, he didn’t play rugby, somehow we had to take turns to serve hot tea and coffee to teachers, parents and old boys who were present each time there was a hockey game).

When I called him to ask for direction the next morning, he had just woken up and as usual was still “bergolek-golek atas katil”. So we waited and waited but the tea boy never appeared.

I am lobbying that Ahmad house gets its points deducted for failing to fulfil its promise and obligation to the batch.

-TMP


Denda untuk tea boy menabur janji palsu
Tolak 10 markah Rumah Ahmad
Disco Ahmad utk race februari
Disco point Fadli shj
Tolak 5 markah rumah ahmad je dah la
Ahmad kena duty hal makanan sukantara
Batal penyertaan ahmad di sukantara
Dimaafkan
(T)
Free polls from Pollhost.com
Poll closing on Saturday midnight... refer countdown panel

Wednesday, February 14, 2007

RUMAH SULAIMAN DIKHIANATI???

Terdapat desas-desus kencang yang mengatakan rumah sulaiman dkhianati oleh pakatan kapten rumah Idris dan wakil rumah ahamad dan mohd. shah cawangan utara. Apa yangs sebenarnya berlaku rumah sulaiman bukan gagal mengahantar wakil sebaliknya wakil rumah sulaiman telah diberitahu begitu lewat iaitu dalam kira-kira 8 jam sebelum pertandingan itu diadakan.

Pemilihan lokasi pertandingan jiga amat dirgukan. Dengan mengadakan kejohanan di utara semenanjung dan jemputan pertandingan yang begitu lewat, situasi dikatakan berbau unsur sabotaj.

Wakil rumah sulaiman, ketika dihubungi, melahirkan rasa kesal tidak terhingga. Tambahan pula, beliau baru sahaja diterima balik menganggotai MCOBA-Class of 94 Cawangan Utara.

Daripada sumber yang boleh dipercayai, unsur khianat ini dipercayai berpunca daripada rasa marah kapten rumah idris kepada wakil rumah sulaiman yang tidak mengenang budi beliau membenarkannya menumpang di OVERFLOOR SATU KETIKA DAHULU!!!!

SEKIAN, LAPORAN WARTAWAN LAPANGAN JAZIRAH CLASSOF 94

Monday, February 12, 2007

Mini '94 Bowling Tournament

Salam Sejahtera


Pada hari Selasa yang lalu, 6 Februari 2007, satu pertandingan boling mini anjuran MCOBA'94 Cawangan Utara telah diadakan di Mega Lanes, Penang Megamall, Sebarang Perai, Pulau Pinang. Pertandingan adalah lebih kepada tiga penjuru dimana hanya rumah Ahmad, Idris dan Md. Shah yang mengambil bahagian. Rumah Sulaiman gagal menghantar wakil pada kejohanan tersebut.


Kontigen rumah Ahmad diwakili oleh Sdr. Shafizal Nazlan a.k.a. Sheppe, manakala kontigen Md. Shah diwakili oleh Pak Tuan Syed Asrul Shahrim a.k.a. Pak Tuan dan akhir sekali kontigen Idris diwakili oleh Sdr. Mohamad Nadzrie (iaitu saya sendiri). Pusingan pertama dimenangi oleh rumah Idris (tepukan gemuruh) dengan 130 lebih jatuhan pin, tempat kedua disandang oleh rumah Md. Shah (tepukan kurang gemuruh) dengan 100 lebih jatuhan pin manakala tempat ketiga jatuh kepada rumah Ahmad (tepukan begitu gamat sekali sebab dia tuan rumah) dengan 70 lebih jatuhan pin.


Walau bagaimanapun, pada pusingan pertama peserta rumah Md. Shah telah dibatalkan (atau didiscokan) penyertaan beliau kerana mengambil masa lebih 20 minit untuk mencari saiz kasut serta saiz bola yang sesuai dengan beliau. Amaran pertama hingga terakhir telah diberikan tetapi beliau tetap tidak mengendahkannya. Oleh itu secara automatiknya, rumah Ahmad mendapat tempat kedua.


Pada pusingan kedua dan ketiga, ternyata perlawanan ini diungguli oleh rumah Idris dan rumah Ahmad kerana setiap pusingan kedua dan ketiga dimenangi oleh rumah Idris dan tempat kedua dirangkul oleh ahli rumah Ahmad. Walaupun peserta rumah Md. Shah menggunakan pelbagai strategi daripada strategi psikologi hinggalah ke strategi kiasulogi, namun tetap dapat dipatahkan dengan mudah oleh kontigen dari rumah Idris dan Ahmad.


Berikut adalah sedikit petikan kata2 yang dapat dirakam pada malam tersebut:


ahli rumah Idris," sheppe.... nak order kopi lagi ka...???"

ahli rumah Ahmad," aku nak order kopikon sepapan lagi malam ni, buleh....."

ahli rumah Md. Shah, " macam mana ni... aku baling pakai bola 15 tak strike, bola 12 pun tak strike... kena beli bola sendiri macam ni....lane ni pendek kut.... biasa aku main lane panjang...."


Maka dengan itu pada kejohanan tersebut, rumah Idris merangkul pingat Emas, rumah Ahmad pingat Perak dan Md. Shah dengan pingat Gangsa. Harap maklum kepada semua kontigen bahawasanya ini hanyalah latihan persiapan menghadapi kejohanan Boling yang akan datang. Semoga dengan adanya latihan2 seperti ini akan meningkatkan lagi prestasi rumah masing-masing


Sekian, saya melaporkan untuk Sukan Tara 2008....

GOLF SUKAN TARA 2008


Assalamualaikum,


Sukacita Sdr Ayien dah mengumumkan kesudian untuk organise acara golf untuk SUKANTARA 2008.


Jadi kepada semua yang dah main golf atau bari nak start main golf, boleh la asah bakat. Setakat ini, yang dikenalpasti bakat2 golf dalam batch adalah seperti berikut :


1.Mpro IDRIS

2.Poq Peq IDRIS

3.Fadhil MOHD SHAH

4.Tg Ismawi MOHD SHAH

5.Ajak MOHD SHAH

6.Ayien SULAIMAN

7.Joe SULAIMAN


Jika ada sesiapa lagi yang nak declare dah main golf sila hubungi AJK SUKANTARA 2008. Pemain drp AHMAD HOUSE belum dapat dikenalpasti. Mungkinkah mereka berlatih dalam diam???

Thursday, February 01, 2007

Pic of the Month - January


  • loq menarik tali dgn kuasa ghaib
  • yg bercekak pinggang tu rumah leman ke?