Monday, February 12, 2007
Mini '94 Bowling Tournament
Salam Sejahtera
Pada hari Selasa yang lalu, 6 Februari 2007, satu pertandingan boling mini anjuran MCOBA'94 Cawangan Utara telah diadakan di Mega Lanes, Penang Megamall, Sebarang Perai, Pulau Pinang. Pertandingan adalah lebih kepada tiga penjuru dimana hanya rumah Ahmad, Idris dan Md. Shah yang mengambil bahagian. Rumah Sulaiman gagal menghantar wakil pada kejohanan tersebut.
Kontigen rumah Ahmad diwakili oleh Sdr. Shafizal Nazlan a.k.a. Sheppe, manakala kontigen Md. Shah diwakili oleh Pak Tuan Syed Asrul Shahrim a.k.a. Pak Tuan dan akhir sekali kontigen Idris diwakili oleh Sdr. Mohamad Nadzrie (iaitu saya sendiri). Pusingan pertama dimenangi oleh rumah Idris (tepukan gemuruh) dengan 130 lebih jatuhan pin, tempat kedua disandang oleh rumah Md. Shah (tepukan kurang gemuruh) dengan 100 lebih jatuhan pin manakala tempat ketiga jatuh kepada rumah Ahmad (tepukan begitu gamat sekali sebab dia tuan rumah) dengan 70 lebih jatuhan pin.
Walau bagaimanapun, pada pusingan pertama peserta rumah Md. Shah telah dibatalkan (atau didiscokan) penyertaan beliau kerana mengambil masa lebih 20 minit untuk mencari saiz kasut serta saiz bola yang sesuai dengan beliau. Amaran pertama hingga terakhir telah diberikan tetapi beliau tetap tidak mengendahkannya. Oleh itu secara automatiknya, rumah Ahmad mendapat tempat kedua.
Pada pusingan kedua dan ketiga, ternyata perlawanan ini diungguli oleh rumah Idris dan rumah Ahmad kerana setiap pusingan kedua dan ketiga dimenangi oleh rumah Idris dan tempat kedua dirangkul oleh ahli rumah Ahmad. Walaupun peserta rumah Md. Shah menggunakan pelbagai strategi daripada strategi psikologi hinggalah ke strategi kiasulogi, namun tetap dapat dipatahkan dengan mudah oleh kontigen dari rumah Idris dan Ahmad.
Berikut adalah sedikit petikan kata2 yang dapat dirakam pada malam tersebut:
ahli rumah Idris," sheppe.... nak order kopi lagi ka...???"
ahli rumah Ahmad," aku nak order kopikon sepapan lagi malam ni, buleh....."
ahli rumah Md. Shah, " macam mana ni... aku baling pakai bola 15 tak strike, bola 12 pun tak strike... kena beli bola sendiri macam ni....lane ni pendek kut.... biasa aku main lane panjang...."
Maka dengan itu pada kejohanan tersebut, rumah Idris merangkul pingat Emas, rumah Ahmad pingat Perak dan Md. Shah dengan pingat Gangsa. Harap maklum kepada semua kontigen bahawasanya ini hanyalah latihan persiapan menghadapi kejohanan Boling yang akan datang. Semoga dengan adanya latihan2 seperti ini akan meningkatkan lagi prestasi rumah masing-masing
Sekian, saya melaporkan untuk Sukan Tara 2008....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment